Sunday 20 September 2015

mengapa ong kian ming melenting isu low yat?

SIAPA SEBENARNYA YANG RASIS?

PEMIMPIN DAP hari ini memulakan serangan terhadap DS Ismail Sabri yang mengeluarkan kenyataan keras menegur peniaga Cina yang masih terus berdegil enggan menurunkan harga barang di tengah2 penurunan harga minyak. Kenyataan tegas Ismail yang memberi kata dua bahawa boikot ke atas peniaga Cina mampu dilakukan ternyata menyentak pimpinan DAP yang sejak awal lagi mempertahankan hak peniaga Cina berniaga secara bebas.

Antara yang paling lantang ialah Ong Kian Ming (Serdang-DAP) yang menuduh kenyataan Ismail Sabri itu sebagai usaha mencetuskan perkauman. Kian Ming juga berkata, Ismail Sabri mesti meminta maaf kepada peniaga Cina kerana ia mengguris hati mereka secara keseluruhan.|

Hairan dalam hal-hal begini cepat betul DAP dan MCA hendak melenting, tetapi apabila ada orang seperti Eric Paulsen, Vincent, Chow Jack, Alvin Tan dan ramai lagi mengeluarkan kenyataan rasis dan penghinaan terhadap orang Melayu Islam di internet tidak pula mereka sekecoh ini, kenapa masa tu mulut korang jadi kelu dan hanya membisu?

Wahai YB Ong Kian Ming, siapa DAP mahu mengajar soal perkauman dan sensitiviti kaum? Anda patut memberitahu bos anda, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng supaya mengubah terlebih dahulu Perlembagaan parti kamu yang terang-terang menggariskan misi penghapusan istilah "bumiputera". Bukankah itu satu polisi yang cukup rasis? http://bit.ly/1zHxvXZ

Selain itu, kalau YB begitu prihatin soal keamanan dan keharmonian kaum di Malaysia, sila beritahu bos kamu supaya mengubah sikap pemimpin parti kamu kerana merekah golongan rasis sebenar yang tidak pernah berhenti memprovokasi orang Melayu dengan kenyataan-kenyataan berbaur perkauman selain merendah-rendahkan kedudukan agama Islam.

Admin percaya, majoriti rakyat negara ini mahukan keamanan dengan semua kaum boleh hidup hormat menghormati antara satu sama lain. Jangan hanya kerana baru mendapat sedikit kuasa, wujud puak-puak cauvinis yang mahu mengubah segala-galanya, hinggakan perkara yang menyentuh kepentingan kaum bumiputera dan kedudukan agama Islam terus dipersoalkan.

Teliti bukti dan senarai link dibawah dan tanya diri anda sendiri. "Siapa yang rasis sebenarnya?"

- Rojak Malaya -

Perlembagaan DAP mahu hapuskan istilah bumiputera
http://bit.ly/1zHxvXZ

Nga Kor Ming campur tangan dalam hal ehwal Islam dengan mendesak Enakmen Murtad di lima negeri dipinda http://bit.ly/1vH4GdJ

Pemimpin DAP persoal peruntukan masjid lebih besar berbanding rumah ibadat lain
http://bit.ly/1wagqrJ

DAP mahu pakatan pembangkang kurangkan kakitangan awam jika berkuasa kelak
http://bit.ly/1pFrpHk

Koo Ham mahu semua pihak hormati orang Melayu untuk murtad
http://bit.ly/1tD3Ni0

Nga Kor Ming persoal kenapa MRSM dan UiTM hanya untuk bumiputera
http://bit.ly/12cZVPf

Tony Pua cadang diskaun 7% hartanah untuk bumiputera dihapuskan
http://bit.ly/1vzZedQ

Pemimpin DAP anggap protes umat Islam terhadap filem hina nabi sebagai membuang masa
http://bit.ly/12jM5K1

1 comment:

  1. Betway Casino » Get a $20 Free Bet - Mapyro
    Download the 포천 출장안마 Betway 속초 출장마사지 casino app on your iPhone or Android, iPad and 양산 출장안마 iPod touch. The Betway app features a variety 인천광역 출장마사지 of bonuses, 화성 출장샵 rewards, and other promotions that will

    ReplyDelete